MV Augusta.. sekadar rujukan dan renungan bersama

" Proton telah melakukan sebuah pembelian strategik hasil gabungan pemikiran idea pandangan jauh Mahathir dan Mahaleel.

Walaupun pada ketika itu ramai masih tertanya2 apa itu Agusta dan apa hasil dan tujuan pembelian yang pada pandangan mata kasar tidak nampak sebarang motif melainkan pembaziran dan kemegahan semata.Malahan pada satu tahap Proton dihentam dari segenap sudut kerana telah mambazirkan kantung mereka dan negara atas pemilikan tersebut.

Tetapi pada hakikat yang sebenarnya Proton meneroka teknologi MV Agusta untuk meningkatkan lagi mutu pengeluaran enjin.Ini adalah pelaburan strategik yang memerlukan komitmen dan keberanian serta berpandangan jauh.Jika dilihat secara am dan lurus apa kaitan antara enjin dan teknologi motor dibandingkan dengan kereta.

Adakah Proton ingin memonopoli industri pemotoran di Malaysia?TIDAK! Lihat pada Honda,BMW,Suzuki dan sebagainya.Lihat bagaimana mereka bermula.Dari sebuah entiti yang bermula dari enjin sekecil motosikal mereka meneroka penghasilan teknologi yang berkuasa dan mampu menakluki dunia.Inilah sudut pandangan yang amat terselindung dari pandangan kacamata rakyat.Dikala kita masih tertanya tujuan pembelian Agusta,Mahathir dan Mahaleel telah nampak akan kepentingan pemilikan ini dan mendapat peluang untuk merebuat teknologi bagi kesenangan dan kemegahan bangsa Malaysia untuk bersaing di era globalisasi ini.

Akan tetapi sebaik Mahathir mengetipkan kad perakam waktu untuk kali terakhir,sudah terbayang impian di benak mereka yang 'TERTENTU' untuk mengaut keuntungan di atas kepentingan negara ini.Ia di sudahi dengan penyingkiran Mahaleel,anak Kelantan yang memacu Proton berkembang maju.Apabila dua kuasa ini ditalkinkan maka sebarang urusan keuntungan atas angin bermula.Khabar angin bahawa Proton menanggung kerugian Agusta dan tidak mampu untuk menguruskan hutangnya adalah gimik semata2.Ibarat kahwin dengan janda,sudah tentu kita akan menanggung anak2 tiri dan itu adalah lumrah dan tanggungjawab kita untuk mendidik mereka menjadi insan yang berguna.Begitu juga dengan isu Proton dan Agusta ini.

Akhirnya pada Disember 2005 Proton telah menjual Agusta kepada GeviSpa,sebuah entiti yang diwujudkan beberapa bulan sebelumnya hanya untuk memiliki entiti Agusta ini.KESANGSIAN INI TIMBUL TENTANG PENJUALAN AGUSTA PADA HARGA 1 EURO SESAHAM YANG AMAT RENDAH DARI HARGA PASARAN.Sumber dalam mengatakan ini ada kaitan dengan 'orang Malaysia' yang mengaut untung atas angin hasil penjualan ini.Siapa orang itu?Mungkin anda tahu..

Lihat petikan ini:
Milwaukee, Wis., Aug. 8, 2008 -- Harley-Davidson, Inc. (NYSE: HOG) today announced the completion of its purchase of the privately-held Italian motorcycle maker MV Agusta Group. The Company has acquired 100 percent of MV Agusta Group shares for total consideration of approximately 70 million euros ($108 million), which includes the satisfaction of existing bank debt for approximately 45 million euros ($69 million).

"We are thrilled to welcome the MV Agusta family of customers and employees into the Harley-Davidson family of premium motorcycle brands," said Harley-Davidson, Inc. Chief Executive Officer Jim Ziemer. "Our primary focus with this acquisition is to grow our presence and enhance our position in Europe as a leader in fulfilling customers' dreams, complementing the Harley-Davidson and Buell motorcycle families," Ziemer said.

....

MV Agusta Group adds two lines of motorcycles to the Harley-Davidson, Inc. family: a line of exclusive, premium, high-performance sport motorcycles sold under the MV Agusta brand; and a line of lightweight sport motorcycles sold under the Cagiva brand. MV Agusta's F4-R motorcycle, powered by a 1078cc in-line four-cylinder liquid cooled engine, is rated at 190 hp.

berita lengkap: http://www.superbik eplanet.com/ 2008/Aug/ 080808a.htm


Dimanakah kerugian menanggung Agusta andai Harley Davidson membeli entiti ini?Kalau ia merugikan sudah tentu Harley Davidson tidak akan melabur bagi Agusta ini.Disilah kesilapan kita dalam menangani isu ini.Yang untungnya sudah tentu 'orang Malaysia' kerana mereka membeli dengan harga murah dan mejual pada harga yang amat tinggi.

Apa masalah dengan Pasukan Bola Sepak Malaysia?

 Menyaksikan permainan pasukan bola sepak kebangsaan sepanjang Pestabola 2008 yang baru lalu, saya pelik kenapa pasukan bola sepak kebangsaan tidak mempunyai kualiti bertaraf pasukan kebangsaan langsung.membuat Realitinya pasukan kebangsaan masih berada dalam zaman kejatuhan yang sangat kritikal. Nampaknya usaha menempat pasukan bola sepak kebangsaan untuk berada dalam kumpulan pasukan bertaraf dunia masih terlalu jauh. Amat jauh !


Pertamanya, sekali-sekala apabila saya berpeluang menonton permainan pasukan kebangsaan saya seringkali melihat bahawa pasukan kebangsaan sebenarnya kelihatan tidak berstamina atau tidak bertenaga. Pergerakan pemain kelihatan lembik lutut, tidak kelihatan sasa, mudah jatuh apabila diasak secara fizikal oleh pemain lawan, larian yang tidak cantik, laju dan kelihatan lemah. Kenapa tiada yang mempunyai larian seaggresif dan secantik larian Jamal Nasir , Mokhtar Dahari atau Abdullah Ali.

Saya pelik pemain-pemain dahulu tidak mudah jatuh, sangat lasak dan sangat aggresif, sangat rajin dalam pergerakan walaupun serendah Wan Zawawi atau Hamzah Husin tetapi pemain yang ada hari ini tidak seperti itu. Ini menunjukkan gaya pergerakan dan larian sebenarnya adalah aspek stamina yang boleh dibentuk. Pemain yang ada dalam pasukan kebangsaan kini masih tidak terbentuk dari segi ini.

Pada pandangan saya, untuk bermain di pertandingan bertaraf dunia pemain-pemain bola sepak Malaysia mesti mampu bermain selama 180 minit secara bertenaga dan aggresif seperti pemain Korea Selatan dan Jepun. Jika tidak mampu mencapai standard tersebut, lebih baik tak usah bermimpi untuk menjadi pasukan bertaraf dunia.

Tak perlu kita mempunyai banyak alasan. Apakah pemain-pemain kita mampu bermain selama itu dengan penuh bertenaga ? Saya bukan pakar permainan bola sepak, cuma hanya peminat bola sepak sahaja. Kelemahan kedua yang sangat ketara pada pandangan saya ialah ialah faktor kemahiran (skill) yang lemah. Dari apa yang saya lihat beberapa tahun kebelakangan ini pemain-pemain Malaysia sangat lemah dari segi kemahiran permainan bolasepak. Hantaran yang tidak tepat. Kawalan bola yang longgar. Cara menampan bola yang lemah dan paling utama tendangan yang sering tidak menepati sasaran.

Bayangkan pasukan bola sepak kebangsaan mempunyai pemain yang tidak menguasai kemahiran asas bola sepak !Mampukah pasukan yang seumpama ini berada dalam pasukan bertaraf dunia? Kita masing-masing ada jawapannya.

Kemahiran berfikir yang cukup lemah juga merupakan antara faktor yang menghantui kredibiliti pasukan kebangsaan. Lemah dalam membuat keputusan dalam permainan akhirnya permainan menjadi hilang fokus. Kelemahan ini seringkali dimanipulasi oleh pasukan lawan. Apa yang saya nampak pemain-pemain kini bermain " asal kejar bola dan asal dapat sentuh bola" maka itulah bermain bolasepak! Saya pelik kenapa Pengurus dan jurulatih tidak nampak perkara ini ? Atau sudah berkemahirankah pemain yang mereka bimbing itu sebenarnya? Kalau mereka kata pemain mereka sudah berkemahiran, maka percayalah, tahap itulah mereka selama-lamanya, merudum lagi mungkin!

Perkara kemahiran pemain ini, peminat-peminat dan pengulas bolasepak sudah nampak 10 - 15 tahun yang lalu dan hari ini keadaan tetap macam itu juga. Faktor ketiga ialah disiplin. Pemain-pemain bola sepak Malaysia sebenar tidak mempunyai disiplin permainan yang berkualiti. Mereka lebih mementingkan glamour dari disiplin permainan. Malas mengejar bola, malas merebut bola, malas berfikir dalam permainan, lebih kepada mahu menunjuk stailo dan fesyen terutama fesyen rambut dari menunjukkan cara bermain yang berdisiplin dan komited.

Ada di antara pemain yang bersikap ego dan tidak boleh ditegur secara aggresif. Teguran mesti dengan lembut jika tidak pemain akan merajuk. Bayangkan pemain Korea Selatan ditampar oleh jurulatih ! Saya tidak minta pemain Malaysia ditampar tetapi saya hendak tunjukkan satu sikap pemain yang profesional dan berdisiplin. Sanggup baiki mutu permainan walau ditegur dengan apa cara sekali pun. Bagi pemain Korea Selatan dan Jepun, jurulatih dan pengurus pasukan tetap pembimbing dan penunjuk ajar utama yang perlu dihurmati walau dengan apa cara dan keadaan sekali pun.

Faktor keempat pengurusan pasukan iaitu Pengurus pasukan dan jurulatih yang sambil lewa, tidak kreatif dan tidak berintegriti dan pengurusan yang tidak profesional. Sudah berapa kali kita terdengar sukan bolasepak negara terbabit dengan rasuah bolasepak dan pengurusan yang pilih kasih. Standard dan sistem kerujulatihan juga seperti masih ditakuk lama. Saya khuatir modul kejurulatihan yang lemah dan tidak mempunyai perancangan strategik dan standard kualiti pasukan bertaraf dunia. Hasilnya pasukan bola sepak kita tergolong dalam kategori kelas ketiga atau lebih malang jika tidak berkelas.Faktor kelima, pengendali FAM itu sendiri mesti berubah. Pengurusan yang seringkali melanggar etika profesionalisma pengurusan bolasepak perlu ditiadakan di FAM.

Jika faktor-faktor yang dinyatakan di atas ini tidak diatasi segera, janganlah kita mengharap pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia akan menjadi antara pasukan terbaik dunia seperti yang berjaya dicapai oleh Korea Selatan, Iran, Jepun, Turki dan China. Kita mungkin hanya setaraf pasukan Mali dan Sierrra Leone!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...