BEZA MENTEGA DAN MARJERIN

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda
(turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang

melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah

otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi

mendapat semula wang pelaburan mereka.

Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu

mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti

mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan

pelbagai perasa baru.
TAHUKAH ANDA ....perbezaan antara marjerin dan mentega?
Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai

jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya

sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin

boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding

memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.
Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan.

Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah

makanan tambah nilai!
Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan

lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin

terhasil kurang dari 100 tahun.
Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid

lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga

kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol

berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin
menaikkan risiko
penyakit barah
sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan.
Ia juga merendahkan respons perta hana n tubuh serta keberkesanan insulin

semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan . INI IALAH BAHAGIAN YANG

SANGAT MENARIK!
Marjerin hanya kekurangan
SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini
sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur

hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna

hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).
Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:
Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat

teduh.. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:

*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia

sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)
*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai

nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma

juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada

plastik.
Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti
anda?


BAGUSLA KALAU DAH TAHU..Sebar2kan supaya jumlah pesakit jantung & barah berkurang.

dasar automotif negara?

A total of 18 new policies and measures covering licencing, duties, incentives, technology and environment, safety and standards and APs to be effective January 1st 2010.

Open AP system to be scrapped by December 31 2015.
[ari tu janji sampai 2010 saja.., now extend lagi? bagus ni.. itu pun kalau sempat.. mana tau lepas 2012 dah tak memerintah lagi.. ]

AP holders will be audited twice a year.

[audit sajalah.. kasi report.. lepas tu tiada tindakan.. , sama dgn laporan audit negara.. berbilion-bilion kene sedut pun biar aje.. audit tanpa apa2 tindakan buat apa..]

A gazetted Customs pricelist for used CBU cars to be established to supplement the current list of new CBU cars. This will be used to prevent underdeclaration of grey import vehicles by declaring then as “used” instead of new in order to manipulate the price, as the gazetted pricelist is currently only for new vehicles.
[bagus pelan nya. Pelaksanaan, belum tahu lagi. biasanya separuh masak sajalah.. mana yg kroni tu tetap lepas. Kalau tak takde lah Naza tu.. bawak kereta Peugeot CBU kt port klang, masuk gudang di port sana, cabut pintu, cabut tayar - kemudian declare sebagai CKD. tak percaya? google.. dan anda pasti jumpa]

A large chunk of the RM300 million expected to be collected from the RM10,000 per Open AP fee to be used to develop the auto industry and increase Bumiputra entrepreneurship participation in the auto industry.
[ada betul ke? sapa yg dapat faedahya? ramai yg meragui ni! takkan nak develop Naza lagi kot? dah cukup kaya dah tu.. so kali ni kroni mana yg dapat pulak? ]

Import duty on CBU & CKD cars maintained.
[no komen.. tidak terkene tempias..]

Import of used parts to stop in June 2011 (what???).
[Habis ler.. pemilik kereta 2nd hand dan golongan pertengahan dan bawahan.. inilah tempat mereka cari part utk kurangkan kos , lepas ni kena bayar double lah utk part baru tapi tiruan?]

[kalau enjin dah teruk sangat. terutama pemilik Wira dan Kancil.. kedai potong lah tempat mereka memanjangkan hayat kereta mereka.. tukar enjin.. tukar suspension.. semua. , lepas ni takde dah.. apa nasib mereka?]



Incentives and exemptions will be increased to develop local auto parts.
Franchise APs to be terminated by December 31 2020.
Foreign firms can apply for manufacturing licenses to hold 100% shares in firms to produce vehicles with engine capacity of larger than 1,800cc and costing more than RM150,000. This will open up the upper end of the market while keeping the lower end where Proton and Perodua are protected.

Issuance of new Manufacturing License to be unfrozen for selected segments – hybrid and electric vehicles, pick-up trucks, commercial vehicles and motorcycles with engine capacity of 200cc and above.
Vehicles 15 years and older will have to be tested for roadworthiness; provisions to be made for vintage cars.
A new strategic partnership between Proton and an established manufacturer will be established.

so.... komen anda?

Ketuanan MeLAYU & Ketuanan Anak Bangsa Malaysia ?

Arab, Abai Sungai, Angko Indian, Achenes, Bookan, Bateq, Bisaya', Bintulu, Bajan, Burawan, Boyan, Beketan, Bidayah, Banjarese, Baba, Bugis, Belinese, Benggali, Bonggi, Che Hoong, Cantonese, Chitties, Cocos Islander, Dumpas, Dusun, Eurasian, Foo Chow, Gana, Gujerati, Heng Hua, Hokkien, Hokchia, Hakka, Hainannese, Ida'an, Iban, Iranun, Jahai, Jah Hut, Javanese, Jaffnese, Kantonese, Kintaq, Kuijau, Kalabuan, Kadazan, Kelabit, Kajang, Kejaman, Kanarese, Kimaragang, Kayan, Kalabakan, Kensiu, Kedayan, Kagayan, Kristang, Kwongsai, Kenyah, Lanoh, Lisum, Lakiput, Longkiput, Lobu, Lun Bawang, Lotud, Lundayah, Lahanan, Mendriq, Melanau, Mangkaak, Mah Meri, Malayali, Murut, Melayu, Makiang, Minangkabau, Minokok, Nepali, Orang Kuala, Orang Kanaq, Orang Hulu, Okolod, Orang Seletar, Papar, Paitan, Punjabi, Paluan, Pathans, Punan, Penan, Rungus, Rumanan, Sa'aban, Semoq Beri, Sama, Sino Natire, Sinhalese, Sinabu, Sindhi, Sekepan, Sungai, Suluk, Sihan, Semelai, Serudung, Semai, Sembakung, Tatana, Timugon, Temuan, Tombonuo, Tagal, Tamil, Tinagas, Teochow, Telegu, Tengara, Tidung, Tobilung, Temiar, Ukit, Ubian...

Apebenda aku melalut dekat atas tu..?

Untuk pengetahuan korang khususnya orang-orang, list dekat atas tu ialah kaum-kaum yang menghuni negara Malaysia sebelum dan selepas Tanah Melayu Merdeka dan sampai sekarang pun kaum-kaum yang aku listkan dekat atas tu masih lagi menghuni negara Malaysia dan memegang kad pengenalan berwarna biru yang tertulis "warganegara Malaysia".

Semua kaum-kaum yang disenaraikan diatas tu, bersama-sama merasai apa yang kita lalui selama ini malah ada antara mereka mmempunyai pengalaman yang lebih "berharga" dari kita tetapi tidak ramai yang kedepan menuntut hak mereka sepertimana "Bangsa AGONG MeLAYU' bangkit mempertahankan hak mereka (kununnya).

Bila bercakap soal 'hak", kenapa sentiasa sahaja "Bangsa AGONG MeLAYU" sahaja yang dibicarakan..?

Balik pada sejarah Tanah Melayu... siapa yang dapat membuktikan bahawa Tanah Melayu ini ditenui oleh "Bangsa AGONG MeLAYU"..?

Tak salah kalau aku katakan bahawa, Tanah Melayu ini pada asalnya bukanlah hakmilik "Bangsa AGONG MeLAYU", "Bangsa AGONG MeLAYU" pada aku tak ubah seperti "Bangsa AGONG Mat Saleh"...

Dari mana datangnya "Bangsa AGONG MeLAYU"..? aku sendiripun walau dalam kad pengenalan aku tertera "Bangsa Melayu", masih tak dapat nak pastikan kesahihan "bangsa" aku... betul ke aku ni berbangsa Melayu..? ada yang dapat sahkan..? tak kan sebab aku biasa pakai baju melayu, makan kuih bahulu, pakai songkok (tapi tak tinggi), pakai capal maka aku adalah bangsa melayu?

Kalau ada Mat Saleh yang biasa menjalani kehidupan macam "orang melayu", layak ke dia dipanggil "bangsa melayu" walaupun dia bermata biru..?

Kita cuma ada slogan "1Malaysia" tapi kita masih lagi mendiskriminasi bangsa-bangsa lain yang juga "warganegara Malaysia".

Apa-apa pun kita utamakan MeLAYU, lebih-lebih MeLAYU UMNO. bangsa-bangsa lain yang lebih awal berada di Tanah Melayu tapi kehidupannya masih terpinggir mengalahkan anak tiri bapak tiri mak tiri sebelah adik beradik tiri kita pula macam mana?

Pernah ke kita menjenguk mereka-mereka yang kehidupannya lebih daif dari kita yang sebenarnya menumpang..?

Kalau diikut pada sejarah, melayu tak kan bangkit tanpa bantuan bangsa-bangsa lain. melayu bangkit dengan kerjasama semua bangsa-bangsa penghuni Tanah Melayu satu ketika dulu... nasib juga ada penjajah yang datang membawa hamba-hamba abdi dari negara-negara lain.

Sampai 1 ketika bila kita sudah agak maju, kita sudah agak kedepan... melayu mula lupa sumbangan bangsa-bangsa lain sehingga melayu dikenali.

Tanpa india-india import atau para pedagang india, melayu tidak akan kenal apa itu rempah ratus, tanpa cina-cina import atau para pedagang dari Tanah Besar Cina, melayu tidak akan kenal apa itu hasil bumi, apa itu lombong dan apa itu kain tenunan.

Bila melayu dah hebat, melayu mula meminggirkan bangsa-bangsa lain yang 1 masa dulu menjadi tempat untuk melayu bergantung hidup.

Bila cina hebat kerana mereka rajin berusaha dan pandai berniaga, melayu bangun mengamuk kononnya cina mula hendak mengambil alih kuasa perniagaan sedangkan pada hakikatnya melayu sendiri yang tidak pandai hendak menguasai ilmu perniagaan sebaik cina.

Hakikatnya melayu cuma pandai mengambil kesempatan manakala cina pula pandai menggunakan kesempatan. beza mengambil kesempatan dengan menggunakan kesempatan tidak sama. mengambil kesempatan ialah mencilok apa yang ada tetapi tidak memanfaatkan ia sebaik-baiknya dan menggunakan kesempatan pula ialah mencilok apa yang ada dan memanfaatkannya sebaik-baiknya.

Melayu kalah dalam hal ini.

Bila melayu kalah, melayu mula menyalahkan bangsa lain... melayu memang hebat dalam ilmu sihir kambing hitam. melayu hebat dalam membuang taik dimerata-rata dan melayu hebat mengambing hitamkan orang lain bila melayu tersepit setelah taik tadi ditemui.

"Itu bukan aku yang punya..!", kata melayu bila terkantoi... tipikal melayu.

Melayu bijak juga menipu... melayu pernah menipu melayu dan melayu-melayu BANGANG, cukup-cukup percaya dengan penipuan melayu.

"Proton Saga" kereta pertama Malaysia... penipuan tahap Maharaja Wunan dengan kuasa 99 petala langit.

20 tahun lepas tu baru melayu sedar rupanya Proton Saga cuma klon kereta jepun... Mitsubishi. buta-buta melayu kena tipu dekat melayu. itupun temelang pecah sebab terkantoi... bila kantoi melayu mula cari kambing hitam...

Gearbox proton masa tu banyak masalah, macam biasa, melayu akan melaung... "itu bukan aku punya..! itu mitsubishi yang punya..!" lalu melayu pun tau... rupanya melayu dah kena tipu dek melayu...

Sampai ke hari ni, melayu masih dok tipu melayu... kaum-kaum lain pun ramai yang kena tipu... ramai yang didiskriminasi. terutamanya kaum-kaum pribumi. kaum pribumi tinggal dikawsan pedalaman. kawasan yang banyak sumber hutan... kayu-kayan, balak.

Bila melayu datang gila, melayu akan halau kaum-kaum pribumi dari prasarana kehidupan mereka, kaum pribumi terpaksa berpindah ke kawasan lain sebab kampung mereka habis ditebang dan bumbung tempat mereka berlindung habis tertanggal diheret lori balak.

Mereka diperlakukan demikian sedangkan merekalah tuan asal Tanah Melayu.

Sebab tu aku cakap bangsa melayu ni macam bangsa Mat Saleh... masuk kampung red indian, kemudian halau red indian, kemudia isytihar "akulah tuan tanah'.

Lepas tu semua keistimewaan hanya diutamakan kepada melayu...

Melayu, melayu, melayu... kaum lain semua makin terpinggir macamlah di Malaysia ni cuma ada melayu je... kaum-kaum lain yang aku senaraikan dekat atas tu macam mana?

Tak kan sebab mereka tak pakai baju melayu, tak pakai songkok, tak pakai capal, tak kenal kuih bahulu maka mereka tiada hak atas bumi Malaysia ni..?

1Malaysia kena tahu, Malaysia dan hak-hak keatas tanah 1Malaysia ni bukan semata-mata hanya untuk melayu sahaja. semua kena kenal apa itu 'Bangsa Malaysia", semua kena ingat bahawa tak kira apa bangsa kita, apa agama kita, kita adalah "Anak Bangsa Malaysia'.

1Malaysia untuk semua, 1Malaysia untuk "Anak Bangsa Malaysia" dan bukan hanya untuk 'MeLAYU'. ingat... kalau mahu berjuang, berjuanglah untuk 'Anak Bangsa Malaysia'... berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Melayu itu apa? melayu itu bukan "Tuan"... melayu itu juga adalah 'Anak Bangsa Malaysia"... Tuan kita dan semua kaum di Malaysia ialah Negara ini. jadi kita sebagai 'Anak Bangsa Malaysia" wajib bersama-sama dengan semua kaum mempertahankan Negara Malaysia.

Kita tak perlukan mana-mana kaum atau bangsa sebagai "Tuan". melayu bukan tuan, cina bukan tuan, india bukan tuan dan semua kaum pun bukan tuan. kita saling memerlukan, kita saling diperlukan. jadi kita bergerak bersama-sama atas nama "Saya Anak Bangsa Malaysia".

Isu Sebat : Jawapan Kepada Tun Dr Mahathir

Negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir, berkata di dalam blognya : Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Beliau kemudiannya berkata :

"Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?
Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan."

Sebagai menyahut pertanyaan Tun tersebut, saya sediakan artikel ringkas ini memberikan input kepada beliau dan mereka yang masih tertanya-tanya.

ARAK DAN STATISTIK KEBURUKANNYA

Sebelum saya menghuraikan ringkas jawapan bagi persoalan Tun Dr Mahathir, izinkan saya meningingatkan pembaca berkenaan arak dan statistik keburukannya, sehingga menyebabkan Islam begitu bersungguh melarang dan meletakkan undang-undang ke atas peminumnya juga. Ia sebenarnya tidak lain kecuali untuk mengutamakan keadilan umum, di atas hak individu.

Menurut statistik rasmi di United Kingdom, Alcohol-related crime adalah seperti berikut :-

* Hampir 45 - 46 % kejadian jenayah, mangsa meyakini bahawa penyerangnya di bawah pengaruh alcohol (arak).

* Angka tadi naik kepada 58% dalam kes serangan oleh individu yang tidak dikenali.

* 39% keganasan dalam rumahtangga melibatkan alcohol (arak)

* Hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk.

(Source: British Crime Survey 2007/08)

Manakala di Russia pula, sekitar 72 % kes pembunuhan adalah berkait dengan akibat minuman arak. 42 % pula kes mati bunuh diri hasil dari arak. Menurut Prof Nemtsov, Russia kehilangan (mati) rakyatnya seramai 500,000 ke 750,000 akibat arak. ( sumber )

Tanpa had dan kawalan berkesan, lebih menggerunkan di UK statistik menunjukkan 30% kanak-kanak berumur 11 hingga 15 tahun turut minum arak sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Selain penyebab jenayah, arak juga turut memberi impak amat buruk kepada kesihatan.

Seorang doktor di London memaklumkan purata umur pesakit dari kesan arak adalah berumur 20 ke 30 tahun, sebelum ini biasanya mereka yang berumur 50 tahun ke atas sahaja yang kerap ke hospital akibat arak. (rujuk)

Dilaporkan oleh organisasi kesihatan, di United Kingdom jumlah penduduk yang dirawat akibat penyakit dari kesan minuman arak bertambah dua kali ganda sejak sepuluh tahun lepas.

Secara purata rakyat Britain 'menelan' arak sebanyak 9.6 liters arak keras dan tulen secara tahunan, ia lebih dahsyat dari Russia yang mencatatkan 8.7 liter sahaja. Sedangkan Russia diwartakan sebagai negara yang terbanyak ‘peminum arak' sebelum ini.

Hasil dari petikan statistik ringkas ini, adakah masih terdapat pemimpin yang begitu ‘TIDAK BERTANGUNGJAWAB' sehingga sanggup mempertahankan penjualan arak dengan MELUAS tanpa kawalan dan hanya beriman dengan ‘kawalan diri'?, disamping membawakan hujjah hak kebebasan individu, bangsa, agama tertentu dan hak syarikat?.

Sebenarnya, membenarkan penjualan arak adalah satu pencabulan hak bagi majoriti masyarakat Malaysia yang lain, kerana ia mendedahkan individu lain dalam keadaan bahaya sebagaimana yang berlaku di UK, Russia dalam lain-lain negara aktif arak.

HUKUMAN MINUM ARAK DALAM ISLAM

Dalam Islam, arak itu sendiri adalah haram atau dilarang. Sama ada minum sedikit atau banyak adalah sama sahaja larangannya. Demikian juga dadah. Sabda Nabi s.a.w

ما أسكر كثيره فقليله حرام

Ertinya : Apa-apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram ( walaupun belum memabukkan) ( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud : Ibn HIbban : Sohih )

Ayat al-Quran dan hadis berkenaannya terlalu banyak dan amat biasa kita baca. Islam mengakui wujudnya manfaat kecil dari arak tetapi manfaatnya adalah berdiri di atas kehancuran pihak yang lain. Sama seperti judi, yang menang sememangnya gembira namun ia menang di atas kekalahan pihak yang lain.

Firman Allah swt :

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

"Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan" (Al-Baqarah : 219)

Lagi Allah menegaskan :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah ( DIHARAMKAN) perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90)

Terbukti secara teori dalam ilmu Islam dan realiti dari statistik yang diberikan, arak adalah salah satu punca utama jenayah, selagi ruang dan peluang dibuka seluasnya selagi itulah manusia akan melakukan kesalahan mabuk.

Kerana itu nabi menyebut :-

الخمر أم الخبائث

Ertinya : Arak itu adalah ibu kepada kejahatan ( Hadis Hasan : Albani ; Silsilah Ahadith As-Sohihah, 1854)

Gunakan kuasa dengan tepat dan adil, selaras dengan perjuangan kamu. Adil dalam konteks arak adalah mengharamkannya dalam penjualan bebas.

HUKUMAN SEBAT BAGI PEMINUM ARAK

Bagi sesiapa sahaja yang bertanya dari kitab mana, dan buku mana, sumber mana diambil hukuman sebat bagi peminum arak, jawabnya adalah seperti berikut, tindakan mengenakan sebatan bagi peminum arak adalah diambil dari kumpulan hadis-hadis Nabi yang cukup banyak, antaranya :-

1) Hadis Nabi :

إذا شربوا الخمر فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم

Ertinya : Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka ( Riwayat Abu Daud)

2. Hadis Nabi :

أن النبي أتي برجل قد شرب الخمر , فجلده بجريدتين نحو أربعين

Ertinya : Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [1]

3. Hadis Nabi

كان يضرب في الخمر بالنعال والجريد أربعين

Ertinya : Sesungguhnya dipukul (sebat) bagi arak (peminum) dengan kasut-kasut dan pelapah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [2]

4. Hadis Nabi :-

أن النبي صلى الله عليه وسلم : جلد في الخمربالجريد والنعال , ثم جلد أبو بكر أربعين فلما كان عمر ودنا الناس من الريف والقرى , قال : ما ترون في جلد الخمر؟ فقال عبدالرحمن بن عوف : أرى أن نجعلها كأخف الحدود , فجلد عمر ثمانين

Ertinya : Sesungguhnya Nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu Bakar ( di zaman pemerintahannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan, di ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan orang ramai dari kampong dan desa lalu berkata : Apa pandangan kamu berkenaan sebatan bagi peminum arak?, lalu Abd Rahman Auf berkata : Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan (merujuk kepada sebatan qazf) [3], maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan ( Riwayat Muslim dan Abu Daud)[4]

5. Athar sahabat

قال علي : جلد رسول الله في الخمر أربعين , وأبو بكر أربعين , وعمر ثمانين , وكل سنة وهذا أحب إليّ

Ertinya : Berkata Ali r.a : Rasulullah menyebat peminum arak 40 sebatan, Abu Bakar juga 40 sebatan, Umar menyebat 80 sebatan, semuanya adalah sunnah, dan ini ( merujuk kepada 40 sebatan) adalah lebih aku sukai. ( Riwayat Muslim ) [5]

6. Hadis Nabi

أن رجلا رفع إلى النبي صلى الله عليه وسلم قد سكر ، فأمر قريبا من عشرين رجلا ، فجلدوه بالجريد ، والنعال

Ertinya : Seorang lelaki dibawa ke penghakiman Nabi s.a.w kerana telah mabuk (minum arak), lalu Nabi s.a.w mengarahkan sekitar 20 orang lelaki untuk menyebatnya dengan pelepah tamar dan sepatu ( Al-Bayhaqi)[6]

Jiak dikatakan, itu semua hadis, mana dalil al-Quran yang suruh, jawabnya adalah

وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Ertinya : Kami turunkan kepadamu Al Qur'an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan ( An-Nahl : 44)

Maka itulah tugas hadis nabi yang bersumber dari kata-kata, perbuatan dan perakuan baginda Nabi s.a.w yang menjadi penjelas kepada Al-Quran.

PERBEZAAN TASFIRAN ULAMA

Ulama telah bersepakat bahawa mesti dijatuhkan hukuman bagi peminum arak, sama ada ia minum banyak atau sedikit. Namun ulama berbeza pandangan dalam sekurang-kurang dua perkara iaitu :-

1) Adakah hukuman sebatan ke atas peminum arak adalah dalam kategori hukuman hudud atau hanya ta'zir.

Kebanyakan mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie meletakkan hukuman sebat ke atas peminum arak sebagai hukuman hudud.

Namun demikian, sebahagian ulama lain seperti At-Tabari, Ibn Munzir, As-Syawkani, Ibn Qayyim, Al-Qaradhawi, Al-Uthaymin menganggapnya sebagai ta'zir semata-mata, yang mana ia terserah kepada hakim untuk menentukan jumlah sebatan dan keperluan untuk menyebat atau tidak.

Menurut Al-Qaradhawi, ia terbukti sebagai ta'zir kerana wujud pelbagai dalil yang menunjukkan :-

a- Jumlah pukulan berbeza mengikut keadaan peminum. Ada yang dikenakan 40 kali dan ada yang dikenakan 80 kali. Sifat hukuman hudud adalah tetap, namun ini berbeza-beza menunjukkan ia hanyalah dari hukuman ta'zir, yang terserah kepada kebijaksanaan hakim menentukan jumlahnya.

b- Dalam salah satu hadis yang tesebut di atas, Abd Rahman Auf r.a mencadangkan kepada Umar agar diletakkan hukuman yang paling rendah berbanding hudud, ini menunjukkan hukuman ini adalah ta'zir kerana menurut majoriti ulama, hukuman ta'zir tidak boleh melebihi hudud.

c- Cara penjatuhan hukuman juga berbeza, ada yang disebat menggunakan sepatu, ada yang menggunakan tangan, baju dan sebahagian lain menggunakan pelepah tamar[7]. Tidak mungkin hukuman ini dari jenis hudud jika sedemikian kerana hukuman hudud semestinya fixed atau tetap jumlahnya.

Berdasarkan penelitian terhadap dalil dan perbincangan para ulama yang panjang lebar dan mendalam, secara peribadi saya cenderung kepada hukuman ini adalah ta'zir dan bukan hudud. Wallahu'alam.

2) Jumlah sebatan yang perlu dikenakan.

Dalam hal ini, para ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Pertama : Mazhab Hanafi, Maliki, At-Thawry dan Hanbali : Sebatan sebanyak 80 kali sebatan sama ada lelaki atau perempuan.

Kedua : Mazhab Syafie : 40 kali sebatan sahaja. Namun jika hakim mendapati kesalahannya berat, hakim boleh menambah sehingga 80 kali sebatan, dan lebih dari 40 sebatan itu dikira sebagai ta'zir , manakala 40 sebatan yang awal adalah hudud.

BOLEHKAH PESALAH TIDAK DISEBAT?

Ia bergantung kepada mazhab mana yang dterima pakai oleh Mahkamah Syariah Malaysia, hakim dan negara Malaysia.

Jika Hudud

Jika kesalahan meminum arak diterima sebagai kesalahan hudud sebagaimana pandangan mazhab Syafie. Pesalah tidak boleh dielak dari hukuman sebat tadi kerana hukuman sebat dikira sebagai hak Allah swt. Hak Allah perlu didahulukan dari sekalian hak makhluk dan sesuatu itu termasuk dalam hak Allah apabila kemudaratannya meluas dan umum, seperti zina, riba, murtad dan sebagainya. Namun pelaksanaan hukuman hudud ke atas seseorang pesalah, boleh ditangguh berdasarkan keperluan tertentu.

Dalam kategori ini, semua pesalah walau kali pertama[8] melakukan kesalahan, akan dihukum kerana mudarat ke atas masyarakat umum.

Jika Ta'zir

Jika kesalahan ini dianggap dari jenis Ta'zir, maka hakim mempunyai kuasa untuk mengampun sama ada atas alasan ia kesalahan kali pertama, ia seorang yang lemah, ia seorang tidak sihat dan sebagainya. Demikian menurut mazhab Syafie.

Justeru, sebelum dikritik keputusan hakim, bincangkan terlebih dahulu mazhab mana yang ingin diikuti di Malaysia, khususnya dalam konteks hukum minum arak ini.

SEJAUH MANA SEBATAN INI ADIL?

Pertama

Jika ia benar-benar hudud dan termasuk dalam hak Allah swt, tiada layak manusia yang hina untuk mempersoalkan tentang keadilan, kerana Allah swt sentiasa adil walau menghumban sesorang manusia ke nerakaNya. Allah tetap adil walau Dialah yang menysatkan sekumpulan manusia dan memberi hidayat kepada sebagai yang lain. Kerana Apa adil?? Kerana piawan adil Allah tidak sama dengan manusia yang dicipta. Keadilan Allah adalah kerana dia yang mencipta kita, dan Dia berhak untuk menentukan apa sahaja yang diinginiNya. Jika kita merasakan Allah tidak adil menyesatkan sekumpulan manusia. Individu tersebut perlu memulangkan nyawa yang Allah berikan kepada mereka dan beredar dari galaksi ciptaan Allah swt ini ke sebuah alam ciptaan sendiri.

Kedua

Sebatan ini, tidak zalim sama sekali kerana ia bukan bertujuan menyakitkan seperti sebatan ekor pari yang menghakis kulit, daging dan sampai ke tulang. Sebatan ini hanyalah untuk pengajaran, seperti denda cikgu kepada muridnya, ibu kepada anaknya atas tujuan mengajar, atas asas belas kashian dan bukan dendam kesumat dan ‘geram' memukul.

Hasilnya, pelbagai displin sebatan telah ditentukan dalam hukum Islam iaitu [9] :-

· Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan.[10]

· Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja.

· Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tanganya melebihi paras ketiaknya, atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul, dam pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak pula terlalu perlahan.

· Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan.

· Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk.

Adakah jenis pukulan yang sebegini pun dianggap zalim? Jika demikian guru-guru sekolah, ibu bapa, suami memukul, adalah lebih zalim kerana hukumannya tidak dibicarakan di mahkamah.

Bagi saya, jika hukuman sebegini pun masih zalim, tentunya yang menuduh ia zalim itu akan jadi lebih zalim kerana bercakap dan mengkritik tanpa ilmu.

Ketiga

Sejauh mana pula adilnya orang luar seperti Tun Dr Mahathir dan yang lainnya, mempertikaikan hak seorang hakim dalam membuat keputusan?.

Bukankah sang hakim lebih berhak menentukan hukuman yang paling adil disebabkan beliau berada sepanjang sesi perbicaraan dari kedua-dua belah pihak, mendengar pandangan kesemua pembela dan pendakwa. Justeru, adalah TIDAK ADIL bagi orang di luar mahkamah untuk mengkiritk sewenangnya keputusan hakim, sedangkan mereka tidak mempunyai gambaran sebenar di sebalik sesebuah kes. Mungkin sahaja, si pesalah yang reda dan ingin hukuman dilaksanakan. Justeru itulah keadilannya.

Keempat

Bukankah keputusan hakim patut dihormati sebagai menunjukkan autoriti badan kehakiman dari sebarang gangguan luar?. Kita kerap mendengar di mahkamah civil bahawa sebarang keputusan mahkamah tidak boleh dikritik terbuka sama ada di dalam mahkamah atau diluarnya, kerana akan termasuk di dalam kesalahan ‘menghina mahkamah' (contempt of court), lalu mengapa pula pihak yang kurang maklumat di luar ini dengan senang dan mudah mengkritik keputusan mahkamah Syariah?.

Kelima

Di dalam Islam, adil atau tidak bukan terletak pada logik aqal manusia semata-mata, namun adil yang sebenarnya adalah melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah swt dan baginda Nabi s.a.w. Kalau dalam konteks kes ini, pesalah juga telah bersedia menjalani hukuman tersebut sebagai satu proses kesedaran dirinya. Adilkah kita mempersoalkan hak pesalah untuk mendapat hukuman.?

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan kepada beberapa persoalan yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir,

DR. M : Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak?

Ye, benar, bukti-bukti berkenaan wujudnya hukuman ini bersumberkan hadis-hadis yang sohih.

DR. M : Apakah ada larangan dalam Islam untuk mengkanunkan undang-undang syariah?

Di dalam Islam, tiada larangan sama sekali, malah digalakkan bagi mencapai keseragaman dalam keputusan hakim.

DR. M : Jika Kerajaan tidak mengkanunkan undang-undang syariah melalui proses perbahasan dan kelulusan oleh dewan-dewan undangan, atau melalui fatwa oleh ulama-ulama, bolehkah tulisan-tulisan ulama tertentu dijadikan asas hukum mengikut pendapat hakim?

Ini saya tidak pasti, tetapi sepatutnya sesebuah kerajaan negeri bertanggungjawab untuk mengkanunkannya. Namun sebelum ia dikanunkan, pertikaian yang diutarakan memang relevan dalam konteks hukum dunia, namun adalah salah di sisi Islam, kerana semau hukum Islam sepatutnya dikanunkan.

Mahkamah ini pula adalah mahkamah Syariah yang khusus untuk hal ehwal orang Islam dan bukannya mahkamah sivil. Justeru apa ertinya sebuah mahkamah dinamakan ‘SYARIAH' jika keputusan yang berlandaskan hukum Islam juga tidak boleh dilaksanakan. ? Jika demikian, tiada erti nama ‘syariah' pada sebuah mahkamah Syariah lagi.

DR.M : Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?

Lebih zalim yang mengkritik tanpa ilmu. Hukuman ini adalah adil atau tidak telah diulas di atas, dan ia juga tertakluk kepada penentuan sama ada hukuman sebat peminum arak adalah hudud atau takzir.

DR. M : Sudahkah kita rujuk kepada Al-Quran berkenaan dengan minum beer (arak) dan hukuman yang perlu dikenakan supaya keadilan tercapai?

Oleh kerana dirujuk kepada hukum al-Quran dan Hadis nabi, hukuman tersbeut patut dijalankan. Kerna arak terbukti merosakkan umum dan bukan hanya individu terbabit semata-mata. Cuba lihat dan fahami statistik yang disertakan di atas.

DR. M : Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan.

Boleh rujuk senarai kitab yang dirujuk di dalam nota kaki artikel ini. Itulah kitab-kitabnya. Jika nak lihat gambar kitabnya, saya sertakan salah sebuah darinya yang amat penting. Semoga dapat membacanya dengan faham.

AKHIRNYA DIHARAP TUN DR MAHATHIR SUDI UNTUK MEMBACA ULASAN DAN JAWAPAN SAYA KEPADA SOALAN-SOALAN BELIAU INI.

fathbari.jpg

Gambar : Kitab Fathul Bari Syarah Sohih al-Bukhari, Karangan Imam Ibn HajarAl-Asqolani.

Semoga beroleh manfaat, sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin. net

5 Ramadhan 1430 H

26 Ogos 2009

"Formula Pekan" dari datuk seri najib tun razak

PEKAN, 26 Ogos - Kekalahan memalukan BN di kerusi DUN Permatang Pasir Pulau Pinang semalam, jelas sekali menjatuhkan reputasi dan maruah Perdana Menteri Najib Razak. Beliau yang sebelum ini mendabik dada, kononnya rakyat sudah mula celik mata untuk melihat segala jasa dan pengorbanan UMNO BN terhadap pembangunan di negara ini. Ia berkaitan kejayaan BN mengurangkan majoriti undi yang diperolehi oleh parti PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai sebelum ini. Namun, panas yang disangka hingga ke petang itu akhirnya hujan di tengahari. Kekalahan BN di Permatang Pasir merupakan tamparan hebat buat Najib dan puak-puak UMNO BN sebenarnya. Mereka boleh mendabik dada kononnya berjaya mengurangkan majoriti undi PAS. Namun, hakikatnya pilihanraya kecil tidak boleh disamakan dengan pilihanraya umum sebenarnya. BN menurunkan segala kelengkapan dan senjata mereka untuk memastikan calonnya menang. Itu belum termasuk lagi dengan janji-janji projek pembangunan dan wang ringgit yang ditaburkan kepada para pengundi. Inilah yang dikatakan "manusia merancang, namun perancangan Allah jua yang terbaik". Akhirnya mereka kecundang jua dek kesombongan dan kedangkalan diri mereka sendiri. Biarpun SPR dilihat cuba digunakan sepenuhnya oleh puak-puak UMNO BN bagi memastikan kemenangan mereka, namun rakyat lebih bijak untuk menilai siapakah sebenarnya yang berhak dipilih mereka.

Kini, Najib Razak sudah pasti tidak dapat "tidur lena" untuk berhadapan dengan media arus perdana yang menjadi "talibarut" mereka selama ini. Dakyah dan propaganda yang dibuat oleh media itu jelas sekali membosankan rakyat. Akhirnya BN dihukum dek kealpaan sendiri. Mereka langsung tidak mahu mengambil iktibar dari kesilapan lalu. Strategi yang sama digunakan bagi menarik pengundi menyokong mereka. Retorik yang sama digunakan bagi memesongkan minda pengundi agar melihat hanya BN sahaja parti yang boleh mentadbir dan membangunkan negara ini. Kekalahan ini jelas sekali menggagalkan "Formula Pekan" ciptaan Najib sebenarnya. beliau yang sebelum ini mendabik dada kononnya kejayaan mendapat undi yang besar di kawasannya parlimen Pekan dek kerana formula yang digunakan. Walhal, seluruh rakyat tahu bahawa kemenangan besar Najib di Pekan adalah kerana ehsan dan kerjasama jahat yang dibuat antaranya dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri. Apa tidaknya, selaku Menteri Pertahanan ketika itu Najib mengarahkan SPR membuat persempadanan semula kawasan parlimennya dengan mewujudkan satu kerusi DUN baru yang dikenali sebagai Pulau Manis. Maka, menerusi DUN baru itulah SPR memasukkan Kem Tentera Batu 10 Kuantan ke dalam DUN tersebut dalam parlimen Pekan. Walhal kem tentera itu terletak dalam Parlimen Paya Besar dan berada dalam Daerah Kuantan. Sesuatu yang tidak masuk dek akal semua ini. Akhirnya Najib berjaya mendapat undi Pos percuma daripada lebih 10,000 angkatan tentera yang bakal menetap di kem tersebut nanti.

Melihat kepada situasi semasa, Najib juga agak risau dengan undi Pos kem Tentera Batu 10. Tambahan pula beliau melihat arus perubahan semakin mendadak sekarang ini. Ditambah lagi dengan kehilangan majoriti undi di Kem Tentera Laut Tg.Gelang dalam Parlimen Indera Mahkota yang menyebabkan calon PKR, Azan Ismail menang dengan majoriti melebihi seribu undi. Maka jalan terbaik Najib membuat formula baru di Pekan dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang. Antaranya ialah dengan mweujudkan Pengakalan Maritim di Tanjung Agas, Kem Tentera di Sg.Miang dan satu lagi membina penempatan misteri bagi menempatkan beribu-ribu rakyat asing di kawasan berdekatan Sg.Miang itu sendiri. "Formula Pekan" yang digunakan oleh Najib adalah sinambungan daripada konsep "One Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" sebenarnya. Memang cukup mengejutkan bilamana hasil tinjauan kami terdapatnya semua "Kem Perkampungan" pendatang haram yang dibina di kawasan Sg.Miang. Tinjauan PDO bersama Krew Suara Keadilan, mendapati sememangnya pemimpin UMNO itu khianat kepada rakyat. Bukan sahaja kepada pembangkang malah kepada penyokong UMNO sendiri. Ini berikutan langkah beliau memberikan berhektar-hektar tanah kepada warga asing yang kononnya datang dari utara semenanjung. Bukan sahaja tanah seluas satu ekar diberikan secara percuma, malah beliau juga turut bermurah hati menyediakan skim perumahan kepada mereka terbabit. Ikuti pendedahan eksklusif isu ini dalam keluaran terkini akhbar alternatif Suara Keadilan di pasaran sekarang. Anda boleh tengok sendiri betapa prihatinnya Najib membela rakyat asing dalam satu kawasan untuk tujuan memenangkannya dalam pilihanraya umum akan datang. Inilah strategi "Formula Pekan" yang cukup mengejutkan kita sejak dulu, kini dan buat selamanya.

penyakit influenza type A H1N1

Apa itu H1N1?

Viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.

Jangka Hayat Virus

Oleh kerana ia adalah virus yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan "air ventilation" (pengudaraan) yang baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.

Apa yg perlu tahu ?
Asal virus ini

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu ianya tercetus outbrake di Mexico.

Virologi Virus H1N1

Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari
Ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit
Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4
H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara Serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan
Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS)
Peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse'
Ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi

Siapa Yang Berisiko?
1. Orang yang ada masaalah 'obesiti' @ gemuk
2. Perempuan yang mengandung
3. Orang yang ada asthmatic
4. Orang-orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi (menjalani 'operation yg besar', kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan-golongan yang rendah tahap imuniti. eg.: HIV, etc)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan-golongan di atas

Simptom-Simpton

Hari 1 - Rasa kurang sihat, tidak bermaya
Hari 2 - Selsema, batuk dan demam yg kekal ( emam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)
Hari 3 - Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Hari 4 - Sakit dada yg teruk........jumpa doktor dengan segera.......
Hari 5 dan ke atas, lung collapse @ koma

Langkah-Langkah Kawalan
1 - Golongan-golongan yang berisiko, elakakn daripada kesesakan (kawasan yang padat dengan orang ramai)

2 - Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3 - Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4 - Jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5 - Jika kurang sihat dan ada ILI (influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai topeng 'mask'

6 - Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yg padat.

7 - Jika ada tanda-tanda simptom di atas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8 - Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.

9 -
Tidak perlu ambil anti-viral @ apa-apa ubat influenza!!!!!!. Jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubat-ubat untuk merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.

10 - Vaksin hanya akan 'wujud' seawal-awalnya pada oktober dan hanya untuk 'frontliner' sahaja. Dan untuk awam selewat-lewatnya pada 2010.

11 - Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di Malaysia. mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12 - Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi outbreak ini. Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin.


Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Jom Kita Fikir-Fikirkan....

Chin Peng berhak pulang - Peguam (Utusan 30/5/3009)


PULAU PINANG 29 Mei - Peguam Chin Peng, Darshan Singh Khaira mendakwa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu berhak pulang ke negara ini di bawah perjanjian yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989 di Haadyai, Thailand.

Beliau berkata, klausa 3.1 perjanjian itu menggariskan ahli PKM daripada unitnya yang telah meletakkan senjata dan merupakan seorang yang berasal dari Malaysia serta berhajat untuk kembali ke negara ini wajar diberi kebenaran berbuat demikian.

Bukan setakat itu beliau mendakwa, mereka yang memenuhi syarat tersebut telah dijanjikan untuk diberi bantuan bagi memulakan kehidupan baru.

''Selepas perjanjian dimeterai, semua bekas pemimpin PKM termasuk Rashid Mydin dibenarkan pulang namun saya musykil kenapa Chin Peng seorang sahaja tidak dibenarkan pulang,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Utusan Malaysia


Jangan benar Chin Peng pijak bumi Malaysia (Utusan 30/5/2009)

IPOH 29 Mei - ''Kalau Chin Peng balik, saya akan cangkul buang satu persatu tapak kakinya dari bumi Malaysia bertuah ini. Kalau tapak kakinya pun saya akan buang, inikan pula Chin Peng.


Komen blogger;

Adalah lebih baik kita buang tapak kaki orang Jepun yang telah menyembelih, menjirus air panas, memasukkan air sabun didalam perut dengan batang paip dll kepada nenek moyang kita. Tetapi hari ini, kita membenarkan Orang Jepun membuka kilang-kilang di Malaysia, memasarkan kereta Jepun di Malaysia yang sedang digunakan oleh rakyat Malaysia. Sekarang ayuh kita sama-sama pergi menyerang dan membuang tapak kaki mereka supaya kita dapat membalas dendam nenek moyang kita terhadap mereka. Mengapa kita tidak berbuat demikian?

___________________________________________________________________________________

Perangi ideologi komunisme habis-habisan (Utusan 30/5/2009)

KUCHING 29 Mei - Rakyat perlu menentang habis-habisan usaha menghidupkan kembali ideologi komunisme kerana ia dikhuatiri boleh mempengaruhi generasi muda untuk bertindak ganas dan memberontak.

Bekas anggota tentera, Koperal Paulnyopis Noyeb, 69, berkata, tindakan menghidupkan ideologi tersebut hanya bertujuan membangkitkan perasaan benci terhadap kerajaan.

Beliau yang pernah bertugas dalam askar British pada tahun 1963 hingga 1966 memberitahu, kerajaan harus bertindak tegas dalam isu tersebut bahkan mereka yang cuba membangkitkan perkara itu tidak layak untuk menjadi warganegara Malaysia.

Komen blogger;

- Anda berkhidmat untuk penjajah British dan komunis berperang menghapuskan penjajah British dari tanah melayu. Pada asalnya, British menyokong perjuangan komunis menentang Jepun tetapi selepas jepun tewas, British mengharamkan PKM dan ingin menguasai tanah melayu kembali. Oleh sebab itu, komunis berperang menghalau British keluar dari Malaya. Jadi anda adalah tentera yang mempertahankan British dan menentang kemeredekaan.

___________________________________________________________________________________

Jangan angkat pemberontak sebagai hero - Rosnah (Utusan 30/5/2009)

KUALA LUMPUR 29 Mei - Jangan angkat pemberontak sebagai hero kerana mereka merupakan punca kepada penderitaan rakyat, tegas Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Menurut beliau, tindakan segelintir pihak mengangkat pemberontak sebagai hero merupakan perkembangan yang tidak sihat di negara ini.

''Tidak sepatutnya kita membela kumpulan pengganas atau pemberontak sama ada di dalam atau pun luar negara kerana ini hanya akan menjejaskan kestabilan dan mengancam keselamatan negara,'' katanya.


Komen;

Janganlah kita berlagak mengaku kita adalah hero. Hero melawan penjajah? sedangkan UMNO tidak pernah berperang menghalau penjajah. Slogan "MERDEKA" pun bukannya dari UMNO. Ianya adalah slogan dari PKM. PKM yang membangkitkan semangat anti-penjajah dikalangan rakyat. Orang pertama yang melaungkan slogan "MERDEKA" ialah Mustapha Hussein". British telah memmutarbelitkan sejarah dan sejarah telah disambung oleh golongan yang menang iaitu UMNO. Jang kita lupa bagaimana British menjajah kita, mereka ini begitu geliga dengan propaganda yang mereka cipta. Orang yang berjuang membebaskan tanah air kita panggil pengganas dan pemberontak.



___________________________________________________________________________________
'Jika mahu pulang, heret ke muka pengadilan' - Bekas tentera (Utusan 1/6/2009)
KUALA LIPIS 31 Mei - Kemarahan bekas tentera terhadap Chin Peng terus membuak-buak apabila seramai 550 anggotanya di Gugusan Felda Koyan dekat sini mahu Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu diheret ke muka pengadilan jika dibenarkan pulang ke tanah air.

Mereka yang merupakan bekas tentera Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan komando Sungai Udang, Melaka menegaskan, Chin Peng bertanggungjawab terhadap pembunuhan ribuan orang awam termasuk kira-kira 3,000 anggota tentera yang terbunuh dan cedera sepanjang tempoh darurat di negara ini.
Bekas Sarjan, Sulaiman Hassan, 72, dari Felda Sungai Koyan Dua di sini menegaskan, dia akan menjadi orang pertama memenggal kepala Chin Peng jika ketua pengganas tanah air itu dibenarkan kembali.

''Dosa Chin Peng tidak boleh dimaafkan. Kami berperasaan seperti rakan lain. Jika Chin Peng pulang ke tanah air, sayalah orang yang pertama akan menghancurkan kepalanya," tegasnya

Bekas Lans Koperal RAMD Sungai Udang, Saaya Mohamad, 70, menggesa kerajaan mengadakan kempen menyedarkan rakyat terutama generasi muda terhadap kekejaman Chin Peng dan pengikutnya.

''Usaha ini perlu segera dilaksanakan supaya dapat menghalang pihak tertentu meracuni pemikiran golongan muda yang kebanyakannya tidak tahu sejarah Darurat 1948 dan ideologi komunis," katanya.

Tambahnya, kempen itu perlu dilakukan menerusi penerangan, ceramah, brosur, khutbah Jumaat dan blog.


Komen;

1. Jikalau dosa Chin Peng tidak boleh dimaafkan, tidak sesekali kita memaafkan dosa fasis Jepun. Mereka memenggal kepla orang sesuka hati, merogol, memasukkan air sabun didalam perut dengan batang paip dan lain-lain lagi kekejaman yang dilakukan oleh jepun. Oleh itu kita sepatutnya membalas dendam terhadap rakyat Jepun atau memboikot produk-produk Jepun seperti kereta jepun dan lain-lain.


2. Kempen menyedarkan rakyat telahpun berlaku ketika ini. Utusan Mealaysia dan surat-surat khabar lain telahpun memberikan publisiti agar generasi hari ini membongkar sejarah. Janganlah kata gererasi hari ini tidak mengetahui ideologi komunis dan sejarah darurat 1984, kenapa kalau kita dipihak yang benar perlu merasa takut dan gentar dengan parti yang tidak wujud lagi di Malaysia?

pengalaman pembaca berita TV3

baca lah.....


salam,

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni,
datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg
anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia
kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada
things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi:


Mesir


Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular.
Sanggup kencing di dinding2 masjid.
Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume
rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long.
Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...


"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!"
- Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.


Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza .
Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat
kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat
Palestine ...


Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir...tapi dgn pertolongan
Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah...charge naik
bas 500 meter is RM70!!!


Memang sekutu kuat Amerika and Israel .


(Eee...tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara
Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine )

Terbahagi kepada 2 - Hamas dan Fatah...Belah Fatah ada kasino!
Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world
comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni).
Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan
mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg
kat Mesir tu..
Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention
Hashim....)
Beautiful country, iklim Mediterranean ...boleh kalahkan Los Angeles
kalau tak kerana peperangan.. !!!)


Hamas


Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila
bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke
sini, adakah kita akan bertemu lagi"...like they know they can die
anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah
berminggu!
Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel ....punyalah
jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org..tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100
lebih je!!
Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate
in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan
mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.
Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT.
Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok
lahir lagi seorang bayi..


Israel

Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat
hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus
dari jarak jauh.
Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari
kereta kebal.
Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun
sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat
Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan.
Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah
katakannn...


Rakyat Palestine


Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan.
Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani
mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke...terpaksa dibuat tanpa
bius. Sebab ubat dah tak de.
Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala
di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus
..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit....Razali kata
tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan
tulang sikit2 here and there...Fosforus ni dia hancurkan kulit dan
tulang...Nauzubilla h.
Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer
nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara
jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau
kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita
di mana jua mereka berada..


Wasalam.

Best Regards

ANTARA CHIN PENG DAN HENRY GURNEY

Pada 21 Jun yang lepas telah di adakan satu majlis yang kononya 'amat bermakna' di tepi jalan, Jalan Kuala Kubu – Bukit Fraser.


Pegawai Daerah tersebut, Nor Hisham Dahlan (yang mungkin sudah siap menangani semua aduan penduduk dan pembayar cukai setempat) telah hadir bersama dengan anggota Persatuan Bekas Perajurit Tentera Malaysia untuk memotong reben merasmikan terletaknya papan tanda lokasi pembunuhan Henry Gurney di Batu 56 ½, Jalan Kuala Kubu – Bukit Fraser.


Maka sesiapa yang melalui jalan tersebut pada waktu itu pasti akan terkejut dengan kehadiran anggota agak ramai polis dan tentera yang turut diarahkan hadir meraikan perletakan papan tanda tersebut yang mewirakan Henry Gurney. Mana tidaknya jalan yang sehari – hari sunyi dan lengang tiba – tiba kelihatan ramai anggota beruniform bukan kerana kemalangan tetapi kerana meraikan sebuah pana tanda.


Sudah tentu bersungguh – sungguh lagi majlis ini apabila ia dibuat ketika semangat menolak Chin Peng pulang ke Malaysia.


Pertama sekali, siapa dia Henry Gurney yang nak diagungkan kematiannya ini? Henry Gurney ialah warga kelahiran British. Dia dibesarkan dalam keluarga bangsawan yang percaya bahawa bangsa mereka gagah dan kuat serta berdaulat. Maka semua bangsa lain perlu tunduk kepada kekuasaan bangsawan British. Di besarkan dengan persekitaran Eropah masih dipenuhi hamba abdi dari Asia dan Afrika.


Sebelum dihantar bertugas di Malaysia beliau merupakan Ketua Pentadbiran Inggeris di Palestin (1946 – 1948). 'Jasa' beliau yang harus kita tidak lupa ialah menjadi antara perancang membawa masuk bangsa Yahudi khususnya yang berfahaman Zionis untuk menjadikan Palestin sebagai kawasan perlindungan. Tanah rakyat Palestin dirampas untuk menjadi perlindungan Yahudi yang kononya dizalimi di Eropah. Dari hanya kawasan perlindungan, 'berkat' usaha gigih Henry Gurney pada tahun 1948 tertubuhlah negara zionis Israel lakhanat.


Atas kecekapan beliau memperdaya arab Palestin dan menubuhkan negara Israel maka, Henry Gurney telah dinaikkan pangkat menjadi Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Tanah Melayu pada 13 September 1948.


Perlantikan beliau ke jawatan nombor satu di Tanah Melayu oleh British dengan harapan mampu terus memperdaya penduduk Tanah Melayu untuk terus mempertahankan sistem kapitalis dengan menolak unsur komunisme yang anti imperialis serta paling penting mematahkan gerakan kemerdekaan anti penjajah yang tidak seiring dengan kapitalisme amalam British.


Sejak September 1948 bukan sedikit pejuang kemerdekaan ditangkap, dipenjara dan dibunuh oleh Henry Gurney dengan menabur fitnah bahawa mereka pengganas dan menentang negara.


Ingat negara atau kerajaan pada masa itu ialah kerajaan penjajah British. Banyak kumpulan yang bangkit menentang penjajah dilabel komunis dan pengganas. Memang tidak dinafikan fakta sejarah ada kumpulan yang membuat keputusan membebaskan negara dengan memikul senjata dan masuk ke dalam hutan.


Itupun atas perbagai faktor. Bayangkan pertubuhan atau gerakan kemerdekaan negara diharamkan,ramai pemimpin gerakan kemerdekaan ditangkap dan ada yang mati dan hilang tanpa dikesan. Selaku pemimpin pada masa itu hanya ada 3 pilihan, bergabung bersama badan siasah yang direstui penjajah atau menanti ditahan (mungkin dibunuh) atau masuk ke hutan pikul senjata pertahankan prinsip.


Untuk memutuskan bantuan kepada pihak yang menentang dari dalam hutan. British memperkenalkan sistem kampung baru, masyarakat dipaksa pindah ke dalam kawasan penempatan baru yang berpagar duri dan di bawah kawalan senjata.


Ada rekod kebun orang asal dan penduduk di pinggir hutan dibakar kerana takut menjadi sumber makanan pasukan bersenjata menentang penjajah. Orang asal dan penduduk kampung dipinggir hutan diugut jangan bekerjasama dan dimainkan ilusi bahawa pasukan bersenjata di dalam hutan yang menentang penjajah jahat dan ganas.


Tanpa menafikan memang ada juga rekod keganasan dari pasukan bersenjata yang menentang penjajah.


Tidak cukup dengan itu didatangkan tentera upahan dari luar negara yang turut dijajah British untuk mempertahankan 'keamanan' dan 'kestabilan' kerajaan penjajah British. Maka wujudlah tentera Gurkha dan perbagai tentera luar yang sama membelasah pasukan bersenjata yang anti penjajah tidak kira mereka berideologi apa.


Dari 1948 – 1951, British bangga dengan Henry Gurney yang berjaya bukan sahaja mengekang tentangan bersenjata malah berjaya memainkan 'psywar' untuk mengheret sama anak tempatan mempertahankan Kerajaan penjajah British dengan perang anti Komunis nya, sedangkan kita perlu tahu dan sedar ada juga guru agama yang menanam sentimen anti penjajah turut ditangkap dan dikatakan terlibat dalam kegiatan komunis.


Ini tidak dapat dinafikan sehingga sekumpulan mereka yang berpendidikan agama juga telah membuat keputusan masuk hutan menyertai Regimen ke 10 menentang penjajah British.


Henry Gurney begitu menikmati zaman kegemilanganya di Tanah Melayu. Dia dipuja dan dikawal umpama 'Presiden Tanah Melayu'. Bergerak ke mana – mana dengan koleksi kereta mewahnya seperti Rolls Royce yang bangga terkibar Union Jack (bendera penjajah) didepanya.


Pada 7 Okotober 1951, semua kemegahan Henry Gurney musnah apabila beliau mati dengan tembakan dalam satu serang hendap oleh pasukan bersenjata Parti Komunis Malaya yang serangan itu dikatakan diketuai oleh Chin Peng.


Tepat 12 kilometer sebelum sampai pusat peranginan mewahnya di Bukit Fraser beliau ditembak mati, namun isterinya yang turut berada di dalam kereta tidak dicederakan.

Sejurus selepas itu semua tentera baik anak watan mahupun tentera upahan asing digerakkan secara besar – besaran memburu 'pengganas' komunis. Digambarkan ganasnya komunis ini sehingga saggup membunuh Henry Gurney.


Lupakah kita Henry Gurney ialah antara manusia yang mencipta negara Israel yang sehingga kini menjadi masalah dunia.


Di bawah ini diperturunkan ayat di perenggan ke dua di papan tanda yang dengan bangga diletakkan mengenang tempat kejadian pembunuhan Henry Gurney.

Henry Gurney bersama isterinya dan setiausaha peribadi D.J Stapler bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Bukit Fraser untuk urusan rasmi dan berehat. Apabila kereta Rolls Royce yang membawa rombongan Gurney itu dengan kibaran bendera 'Union Jack' oleh Konstable Mohd Din sedang mengambil selekoh s di bt. 56 ½, kira – kira 8 batu dari Bukit Fraser tiba – tiba Rolls Royce menjadi sasaran peluru pengganas komunis”

Ayat di atas menggambarkan kita tidak pernah belajar untuk menulis sejarah sendiri. Tulisan penjajah yang merakam sejarah kita salin bulat – bulat. Kita bangga dengan kibaran Union Jack. Ada rekod Henry Gurney mati dan isterinya selamat tetapi apa nasib Mohd Din yang diperdaya menjadi pemandu lantikan penjajah, kita tidak kisah.


Bukankah sebagai anak Malaysia kita harus bangga antara manusia yang menyebabkan tertubuhnya negara Zionis Israel mati dan darahnya dipaksa menyimbah di bumi kita yang tercinta ini????


chegubard bukan penganut komunisme, tetapi tidak hairan lepas membuat posting ini ada juak yang membuat tuduhan chegubard berfahaman komunis kerana mereka mewarisi taktik Henry Gurney.


Ini juga berlaku kepada Ust. Ibrahim Libya yang dibunuh mati kerana dituduh komunis, hanya kerana kepercayaan bahawa negera ini bukan negara Islam dan dia tidak mahu ditangkap ISA kerana kepercayaannya itu. Dia ahli PAS, pondok tempat dia mengajar menjadi Markas PAS. Namun regim warisan penjajah ini menggerakkan 'aparat' bersenjata membunuh bukan sahaja Ust. Ibrahim Libya tetapi pengikutnya tidak kira perempuan atau orang tua mahupun kanak – kanak. Mana lebih kejam serangan Chin Peng ke atas rombongan Henry Gurney (penjajah) tanpa membunuh isterinya atau serangan 'aparat' bersenjata Regim BN ke atas pondok agama di Baling Kedah dibawah arahan Musa Hitam dan Mahathir Mohamad ?


Dalam mengangkat sejarah kita perlu jujur. Jangan gunakan sejarah untuk menakutkan ganerasi selepas itu atau mencari siapa yang salah, siapa yang benar ? Siapa kita yang hendak menjadi hakim kepada sejarah, tetapi sejarah perlu diangkat menjadi pengajaran …..agar bangsa kita ini menjadi bangsa yang kuat...... kesilapan dalam merakam sejarah harus dihentikan.


Tidak benar kemerdekaan negara pada tahun 1957 diperolehi hanya dengan runding-runding atau bincang – bincang sahaja. Mengangkat fakta salah ini umpama menghina sejarah perjuangan bangsa sendiri. Kemerdekaan ini telah dipaksa diberikan oleh penjajah setelah tidak tahan dengan tekanan yang diterima. Dari penentangan awal seperti Tok Janggut, yang difitnah sebagai penentang dan pengganas sehingga tokoh agama ini dihukum mati digantung terbalik dan mayatnya dibiar berhari – hari. Sehinggalah penentangan tekanan Parti Komunis Malaya mahupun gerakan politik seperti Melayu Muda, API , AWAS dan seumpamanya.


British tidak punya banyak pilihan terus menjajah secara konvensional dan berdepan dengan tentangan rakyat yang mula meningkat atau mencari satu pewaris yang mampu mentadbir negara ini dengan imej tempatan tetapi dengan syarat mampu menjaga polisi kapitalisme British. Maka British telah memilih untuk mengharamkan semua pertubuhan pro kemerdekaan yang tidak mampu menjaga kepentingan British dengan perbagai label dengan hanya membenarkan beberapa organisasi politik yang mampu menjaga kepentinganya bergerak dan mendapat kemerdekaan darinya.


Henry Gurney mendapat layanan begitu istimewa di tanah ini sama ada ketika hidup atau ketika sudah mati. Bukan setakat jalan, sekolah, bangunan dinamakan dengan namanya malah tempat dia mati yang selama ini terlupa diletakkan makamnya sudah diletakan baru baru ini. Adakah 'regim warisan penjajah' ini tidak tahu akan sejarah Henry Gurney dan kaitannya dengan kekejaman Zionis atau 'regim' ini tidak kisah dengan kekejaman zionis.


Melihat kepada beberapa perkembangan ia lebih kepada regim warisan penjajah ini tidak kisah.


Ramai mungkin tidak percaya dan mengatakan che'GuBard hanya menulis berdasarkan sentimen bukan fakta.


Secara mata kasar sememangnya negara ini kelihatan anti Amerika , anti – Zionis yang kuat. Itulah gambaran media negara ini membentuk persepsi kepada rakyat sendiri.


Lihat sahaja selepas ucapan 'berapi – api' Dr. Mahathir menghentam barat dan Amerika dalam satu Perhimpunan Agong Umno media tempatan terus memainkan ucapan tersebut seolah ucapan itu juga menjadikan Dr.Mahathir hero negara Islam. Malangnya ramai tidak tahu bahawa selepas itu Dr.Mahathir membazirkan jutaan wang rakyat untuk membayar Jack Abramoff, Heritage Foundation, kumpulan pelobi Yahudi (zionis) untuk melobi sehingga membolehkan Dr.Mahathir berjumpa dengan Bush buat beberapa minit dan menjelaskan ucapanya. Tradisi menggunakan pelobi tersebut juga diteruskan dengan bayaran jutaan ringgit oleh Abdullah kepada Jack Abramoff untuk membolehkan beliau berjumpa Bush.


Jack Abramoff telah dijatuhkan hukuman bersalah di Mahakamah di Amerika kerana mengumpul bayaran melampau dan cara salah sebagai pelobi dan dalam fakta kes beliau di mahkamah ada tercatat kes Malaysia membayar beliau.


Masih ingatkah kita, dengan insiden menantu Abdullah Badawi pada 2006 yang membawa pemuda Bn berkumpul di depan KLCC membuat demonstrasi menghalau Condoleezza Rice . Khairy yang patah tangan pada ketika itu diberikan imej juara anti Amerika dengan mengumpulkan anak muda menghalau pemimpin Amerika yang dibawa masuk oleh bapa mertuanya. Tindakan Khairy seolah menggambarkan Malaysia benar anti Amerika , Anti Zionis Israel. Namun ramai yang tidak tahu pada waktu yang sama tentera Amerika sedang berada di Johor 'berseronok' mengukur tanah negera ini dalam sesi latihan ketenteraan.


Ketika keganasan Israel memuncak semula baru – baru ini, regim warisan penjajah yang memerintah negara ini cuba menggambarkan bahawa negara ini serius menentang dan ingin melumpuhkan negara Zionis itu. Maka rakyat pun di ajak jangan makan KFC (walaupun KFC itu milik saham terbesar anak tempatan), jangan makan Mc Donald atau jangan minum coke.


Boikot itu kuasa pengguna tetapi boikot barangan kecil tidak akan ada sudahnya. Jika berani halang saja barangan tersebut masuk ke Malaysia...sudah tentu tidak berani....


Malaysia sebenarnya tidak kisah, tahu atau tidak banyak kontrak atau hubungan perniagaan yang lebih besar dari setin coca cola yang agihan kek ekonominya tidak dirasai rakyat tempatan tetapi terus masuk ke poket zionis berlaku di Malaysia.


Selain yang diterangkan sebelum ini Jack Abramoff (pelobi Yahudi pro Zionis), regim ini punya kaitan rapat dengan Saatchi & Saatchi sebuah agensi perunding/pengiklanan multi nasional yang pro Zionisme. Syarikat tersebut menjadi perunding imej dalam beberapa siri pilihanraya yang bertanggungjawab mencari teknik kempen dan pengiklanan untuk kempen regim BN. Syarikat yang sama juga terlibat dalam banyak projek kerajaan.


CIMB sebuah syarikat kewangan yang dimiliki oleh adik Najib Tun Razak telah menadatangani kontrak bernilai USD 250 juta kepada sebuah syarikat yang berpengkalan di Israel. CIMB telah menyumber luarkan pengurusan Jabatan IT nya kepada EDS (electronic data system) selama 10 tahun.


Hubungan CIMB dengan EDS bukan sahaja tidak mempedulikan keganasan Israel Zionis tetapi turut memangsakan pekerja CIMB sendiri yang dibuang kerana Jabatan IT disumberluarkan.


EDS telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan berngpengkalan di Herzelyia, Israel. Syarikat ini jugalah merupakan syarikat yang mengendalikan sistem komputer polis, ketenteraan dan pertahanan Israel. Malah ia juga terlibat dalam industri persenjataan Israel. Dan hubungannya dengan Malaysia dirakamkan dengan bangga dalam Laporan Tahunan CIMB 2008.


Sudahlah kita telah lama sangat dibodohkan.................. Kini masa anak muda untuk bangkit melawan kebodohan....Kita seharusnya bosan dengan memu momokan 'perkauman' yang sudah disajikan berulangkali sejak zaman penjajah lagi kemudian di ulang – ulang oleh regim pewaris penjajah ini.


Konsep satu Malaysia harus didokong, tetapi bukan satu Malaysia versi Najib yang hanya retorik sebaliknya kita harus mendokong satu Malaysia versi Rakyat dengan rukun pertama merdeka dari politik perkauman.


Bangsa yang kuat ialah bangsa yang merdeka mindanya.


(petikan dari chegubard.blogspot)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...